Thursday 27 October 2011

Hala Tuju Dunia Siber

Malaysia adalah sebuah negara membangun yang demokratik. Lebih daripada itu, Malaysia juga mempunyai penduduk berbilang kaum dan agama yang sukar diintegrasikan. Jika Malaysia ingin maju maka peranan semua pihak haruslah disesuaikan dengan dasar-dasar dan usaha-usaha membangunkan negara. Media merupakan salah satu medium yang perlu diberikan keutamaan di mana media adalah medium yang menyampaikan maklumat kepada pembaca. Media yang terawal di negara ini ialah media cetak iaitu akhbar pertama yang ditubuhkan pada tahun 1806 di Pulau Pinang. Dalam mana-mana negara pun akhbar adalah hanya sebahagian daripada negara berkenaan. Perkara ini memberi maksud bahawa akhbar berfungsi sebagai sebahagian daripada seluruh sistem negara itu. Sebagai contoh, jika negara berkenaan mengamalkan sistem negara demokrasi yang seluruhnya bebas, akhbarnya juga turut terkawal kebebasannya dan ia tidak boleh terasing daripada sistem negara berkenaan.

Saban tahun, negara telah berkembang dengan kemajuan teknologi yang begitu maju. Maka, semakin banyaklah media elektronik seperti dunia siber atau internet wujud. Menurut Dr. Rahmat Ghazali, kesan kebiadaban dunia siber pada hari ini semakin berkembang. Bagi pendapat saya, negara Malaysia juga tidak terkecuali daripada perkara tersebut. Dengan kemajuan dan dunia yang serba moden, rakyat tidak ketinggalan untuk menerokai ilmu teknologi yang serba canggih itu. Kita dapat melihat bagaimana dunia siber telah banyak memberikan kesan yang baik dan buruk. Kesan ini telah memberikan satu perubahan yang begitu ketara jika dilihat dari sudut subjektif di mana pelbagai kata-kata cacian, fitnah, umpatan dan sebagainya telah cuba dilemparkan bagi melepaskan ketidak puasan hati sesetengah pihak kepada pihak yang lain. Dunia siber ini telah dijadikan tempat sebagai luahan ketidak puasan hati sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah menimbulkan unsur fitnah, penipuan, dan sebagainya dan menyebabkan pihak yang lain terpengaruh dan mempercayai khabar-khabar angin yang belum pasti akan kebenarannya.

Menurut surah Al-Isra ayat 73, “Sesungguhnya mereka kaum musyrik hampir-hampir dapat memfitnah engkau tentang apa yang telah Kami wahyukan kepadamu, agar engkau memalsukan wahyu Kami itu dengan saduran yang lain, jika berhasil tentulah mereka dapat membuat engkau jadi temannya”.

Kebebasan dunia siber ini samalah dengan lain-lain kebebasan iaitu ia mempunyai had limitnya. Masalahnya ialah menentukan had ini seperti setakat manakah kebebasan ini boleh dibiarkan. Ada sesetengah pihak berkata Kerajaanlah yang perlu menentukan limit ini tetapi yang nyata ialah kita tidak ada cara yang betul-betul berkesan dan kita masih meraba-raba. Penyalahgunaan kuasa kebebasan dunia siber ini diteruskan dengan kesan yang buruk oleh orang awam dan negara yang sedang membangun. Pengaruh dunia siber ini telah memberikan impak yang besar kepada rakyat Malaysia. Menurut mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad pengaruh merupakan alat yang amat penting dalam demokrasi dan apa yang terjadi kepada sesuatu bangsa atau sesuatu negara boleh ditentukan oleh pengaruh. Beliau juga turut menyatakan media mesti diberi kebebasan tetapi kebebasan ini hendaklah dilaksanakan dengan tanggungjawab. Mereka harus diberikan kebebasan untuk menyatakan pendapat yang bebas, sekalipun hak untuk melakukan kesilapan, tetapi mereka mesti berbuat demikian tanpa prasangka dan tanpa niat buruk.       

14 comments:

Anonymous said...

dunia skng ni mmg penuh ngn onak ranjau yg berduri...walaupon media menjadi perantaraan antara manusia dan mnjadi tumpuan utama semua pihak,tetapi semua pihak kene igt bahawa etika dalam "kehidupan berinternet" ini harus di patuhi agar tidak berlaku sebarang kekacauan atau pencabulan terhadap diri sesetengah pihak..

Farhana Hamid said...

yup!strongly agreed! btw,thank you! :)

Anonymous said...

media2 tersebut ni pandai2 la kita guna,
guna tuk kebaikan,, jadi la ia kebaikan untukmu,
guna tuk kejahatan,,jadilah ia keburukan untukmu. hikhik ^^..

Anonymous said...

gud article dude...

JeMy said...

Assalamualaikum, Saudari empunya blog dan warga pembaca blog.

Saya ada beberapa pandangan disini. Peralihan daripada zaman "kertas" kezaman "e-" telah menunjukkan bukti ketaranya, terutama sekali apabila MSC diperkenalkan. Maka dengan itu, internet menjadi laluan kedua selain daripada akhbar.

Pabila membincangkan sesuatu, pasti ada pro dan kontranya. Maka internet sebagai saluran akhbar tidak berkecuali. Tapi izinkan saya utk berbincang mengenai isu internet sebagai saluran kedua selepas akhbar dan kebebasan bersuara didalamnya. Seperti yg saudari nyatakan, kebebasan bersuara. Ramai yg mempertikaikan negara kita mengamalkan prinsip kebebasan bersuara, article 10 FC. Malangya, ramai yg x mengkaji apa had2nya? Adakah 100% kebebasan? jikalau kebebasan itu MUTLAK, maka kenapa perlu adanya hukum hakam? kenapa perlunya Mahkamah, undang2 lain, polis,Raja-raja dan perlembagaan? Dalam Islam ada menyentuh mengenai apa2 yang boleh dilakukan oleh umatnya,selagi tidak melanggar hukum-hukum2 syariat. Lihat, terdapat limitasi disitu. Jikalau kebebasan itu mutlak, maka lahirlah ramai org bebas bersuara TANPA memikirkan perasan org, kaum, agama lain? Jikalau perperangan berlaku disebabkan oleh kebebasan bersuara yang kononnya mutlak, adakah ianya memberikan kebahgian yang menyeluruh kepada semua rakyat Malaysia? Wahai Rakyat Malaysia, mari berpikir bagaimana kita boleh menyumbangkan sesuatu yang boleh membawa manfaat kepada semua. Malaysia dahagakan belia yg mempunyai pikiran yg positif dan berdaya saing, bukan agenda kolot yang selalu disangkutkaitkan dengan politik yg kotor.Tidak perlu salahkan internet, tapi salahkan jari jemari yg selalu merosakan minda org lain. Jumpa di neraca timbangan nanti. Wallahualam. :-)

Anonymous said...

walaupun dunia siber mmpunyai negetif nya...tetapi dalam masa y sama juga ada positif...

cube lihat apa akan jadi pada kite tanpa dunia siber..nak berhubungan dengan kawan pon pakai surat, telefon.. tapi dengan dunia siber..dapat gune facebook, emeil dsb.

negetif atau positif terpulang pada individu masin2. jika digunakan dengan betul...pasti dapat memberikan kelebihan kepada individu terbabit :)

Anonymous said...

media boleh jd senjata paling merbahaya. tgok saje ape da jadi dgn negara2 yg lumpuh di tawan pemberontak. semuanya berpunca dari media yg berfungsi menyebar berita dan secara tak lansung mewujudkan provokasi sehingga rakyat hilang pertimbangan. media perlu di kawal sebaiknya. media tak seharusnya bebas.

Anonymous said...

bg saya, media adalah satu benda yg x bole dipercayai sepenuhnya... bole digunakan sebagai bahan pengetahuan harian, tetapi tidak sesuai untuk dipercayai sepenuhnya. kerana, biasanya media ini akan di'kontrol' oleh syarikat2 'tertentu' yang boleh dikatakan akan membawa unsur2 'bias' dalam sesuatu isu itu, iaitu 'bias' yang akan memihak kepada pihak2 yg berkaitan dgn pengawal media ni.

juz sharing my opinion hehe :D

Anonymous said...

ermmm, saya sebagai warga senior berpendapat bahawa dunia teknologi ini hanya akan membawa lebih banyak masalah berbanding dulu-dulu. sebagai contoh, cuba lihat saja pada negara jiran kita Brunei yg tidaklahh berapa maju dari segi teknologi, namun negara mereka kekal aman damai buat masa ini. tiada masalah. mungkin juga disebabkan negara mereka kecil dan mudah dikendalikan, malah juga berpemerintahan diraja. walau apa-apa pun, dengan adanya teknologi yang tinggi, ianya tidak cukup mampu untuk menyelesaikan pelbagai masalah, kerana zaman kini juga, budak2 kecil juga mampu dan pandai menggunakan ilmu siber ini, lalu mereka mampu berbuat sesuatu perkara itu tanpa berfikiran panjang.

Anonymous said...

dunia siber memeningkan.... mungkin yang terpapar di media itu nampak mudah saja... namun, hakikatnya, banyak masalah... sbb sy mengalami satu situasi yg menyakitkan hati... T_T sy bekerja di hospital... pada suatu hari, ada kes kecemasan, lalu pihak kami memerlukan data2 yg telah direkodkan sebelum2 ini yg berkaitan dengan pesakit kecemasan itu. kebetulan pula, 'system down'! ini menyebabkan ada 'delay' pada prosedur2 yg perlu diikuti... folder2 konvensional semuanya telah dibuang dengan alasan semuanya sudah di-save dalam komputer....

ini pendapat saya lahh dari aspek perubatan... ianya kurang sesuai... namun, dari segi 'confidentiality' juga, sesiapa juga mampu access ke data2 pesakit ini... maklum laaa, dunia siber... budak2 pon da pandai guna komputer... hacker pun ramai... mmg byk masalah... T_T

anyway, seronok baca artikel ini :D

Nurul Izwanie Hashim said...

saya bersetuju dengan nurul farhana kerana saya yakin dan percaya sememangnya siber sangat mempengaruhi pemikiran manusia sehingga boleh mebuatkan seseorang itu berkelakuan biadab.

Adyra Zainal said...

saya sangat bersetuju dengan penulisan farhana ini kerana pada zaman sekarang kata-kata kesat amat mudah untuk dikeluarkan bukan sahaja secara penulisan malahan secara terus-terang juga mereka akan dengan mudahnya mengatakan perkara itu tanpa segan silu. penulisan yang bagus.. keep it up

Alijoe said...

artikel yg menarik...
you should get an A!

Anonymous said...

nice article .