Monday 14 November 2011

Kebebasan Mutlak Media Baru Akan Membawa Bencana Kerosakan Kepada Keharmonian Sosial


Sering kali kita mendengar bahawa media komunikasi tidak dapat dipisahkan daripada mesej. Ada sesetengah pihak mengatakan untuk memperoleh  mesej yang  telus dan benar, kebebasan diperlukan. Tanpa kebebasan mesej, media komunikasi tidak dapat mencapai matlamat yang dikehendaki. Bagi menjaga kepentingan masyarakat awam dan keselamatan negara, kebebasan media dalam memperoleh mesej dan menyampaikannya perlu bergerak dalam lingkungan undang-undang serta berpegang teguh pada akhlak dan etika yang luhur. Di Malaysia, terdapat beberapa akta yang mengawal kebebasan media seperti berikut:


- Akta Rahsia Rasmi (OSA)
- Akta Hasutan (SA)
- Akta Percetakan dan Penerbitan (PPPA)
- Akta Penyiaran
- Akta BERNAMA
- Perlembagaan Persekutuan

Pada hari ini, kita dapat melihat bagaimana berkembangnya dunia media di mana selain surat khabar, terdapat juga media baru seperti di internet iaitu blog, facebook, twitter, dan lain-lain lagi.  Selain itu, kebebasan media baru ini telah disokong pula dengan tahap kelajuan internet semakin baik melalui Streamyx, WiFi, broadband dan sebagainya. Perkara ini telah menyebabkan bertambah ramai rakyat yang semakin peka dengan perkembangan isu semasa, dasar-dasar kerajaan, dan sebagainya. Senario pada masa kini memperlihatkan banyak maklumat yang disebarkan melalui media baru tersebut  dengan agak bebas dan terbuka. Kebebasan dan keterbukaan tersebut kadangkala menjejaskan kredibiliti dan maruah golongan atau individu tertentu yang sepatutnya dipelihara. Atau mungkin pada satu masa akan mengakibatkan berlakunya pendedahan mengenai kelemahan keselamatan negara kita yang amat perlu dipelihara dan dijaga.
  
Kebiasaannya media komunikasi memerlukan kebebasan, agar sesuatu maklumat atau mesej itu dapat disampaikan kepada umum secara berkesan. Namun realitinya di seluruh dunia kebebasan media dan komunikasi adalah sesuatu yang terlalu ideal dan tidak ada sesebuah negara pun di dunia yang benar-benar memperolehi kebebasan tersebut. Menurut Othman Muhammad, dalam konteks Malaysia, media komunikasi diberi kebebasan untuk berperanan dalam lingkungan undang-undang dan akta yang telah ditetapkan bagi mengelak daripada berlakunya sebarang penyebaran maklumat yang boleh memudaratkan keselamatan atau kestabilan negara. Tetapi baru-baru ini, negara kita telah dikejutkan dengan isu Namewee di mana Namewee seorang rakyat Malaysia berbangsa Cina telah menyuarakan ketidak puasan hati di dalam YouTube. Namewee telah menyanyikan lagu Negaraku versi sendiri dan memberikan maksud yang buruk. Selain itu, Namewee juga telah mengeluarkan kata-kata kesat semasa pergi ke pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB). Perkara ini telah menyebabkan sensitiviti kaum lain yang terdapat di Malaysia. Isu Namewee telah dibangkit di dalam Parlimen dan telah memberikan impak yang negatif kepada keharmonian sosial.

Namewee




Melalui media baru seperti facebook telah menyebabkan masalah bagi pasangan suami isteri di dalam rumah tangga. Menurut statistik bagi negara luar, satu daripada lima penceraian disebabkan Facebook. Di London pula, Facebook didakwa menjadi punca kepada peningkatan kes penceraian apabila semakin ramai suami atau isteri ditangkap berkelakuan curang dalam laman tersebut. Pengguna yang sudah berkahwin terdedah untuk menipu pasangan mereka apabila berkenalan dengan pengguna lain di dalam laman sosial itu. Media baru ini telah menyebabkan berlakunya ketidak harmonian masyarakat pada masa kini seperti pergaduhan dan fitnah secara terbuka di laman sosial.  



Facebook Punca Penceraian



Menurut mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir, beliau telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Malaysia Melangkah ke Hadapan" dan beliau menyatakan bahawa matlamat terakhir yang dicita-citakan ialah pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja malah ia akan merangkumi segala aspek kehidupan, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. Maka, keharmonian sosial merupakan salah satu yang dapat membantu negara mencapai matlamat wawasan 2020. 

6 comments:

Anonymous said...

kebebasan dalam media memang amat penting terutama di nagara yang mengalamkan demokrasi.
tanpa media yang bebas. demokrasi tidak akan dapat wujud dengan sepenuhnye.
tetapi..adalah media arus perdana betul2 telus di dalam penyampaiaannya?
ini kerana media arus perdana dikawal oleh kerajaan. jika mereka menyampaikan apa yang bukan bepihak kepada kerajaan, pasti lesen mereka ditarik.

oleh itu. rakyat akan mula berpaling kepada arus media yang lain seperti internet, blog, facebook dan sebagainya kerana di sini mereka bebas bersuara.

maka lahairlah golongan2 yang anti-kerajaan kerana mereka boleh terpengaruh dengan media yang lain kerana mungkin merasa busan dan muak dengan berita di media arus perdana yang terlaly mengagungkan kerajaan :)

oleh itu. kerajaan harus lebih telus di dalam kebebasan di media dan ini disokong oleh Dr Chua Soi Lek di 58th MCA perjumpaan tahunan yang meminta kerajaan untuk mengurangkan kontrol mereka di media massa.

miera

Noraini said...

Walaupun dunia siber dikatakan mampu menjadi salah satu faktor negatif kepada berlakunya kadar atau statistik penceraian, masalah sosial yang berleleluasa, dan lain-lain lagi, namun pucuk pangkal untuk apa sesuatu perkara yang kita lakukan adalah "HATI & NIAT " kita. Para pemimpin, tidak mampu meletakkan mata mereka untuk setiap penduduk di negara...jadi kita sebagai warganegara Malaysia, yang menginginkan keamanan dan kedamaian untuk negara kita sendiri,haruslah berfikir secara rasional sebelum mengambil sesuatu tindakan , wajar atau tidak kita berbuat demikian dan apa natijah kepada perlakuan kita itu kepada diri sendiri, ibu bapa, masyarakat dan negara...=)

ixora liana said...

setuju..kebebasan media pada masa kini akan merosakkan masyarakat jika tidak ada sekatan yang diambil oleh kerajaan..pengaruh negetif mudah diserap pada minda anak muda yang kebanyakkannya mehabiskn masa di internet..

darina said...

sy rasa kebebasan bersuara tidak harus disekat..kebebasan individu untuk menyuarakan apa yg difikirkan..dan terpulang pada seseorang itu juga untuk memikirkan baik buruk sesuatu perkara..tq

AZR said...

Isu yang diketengahkan ini sememangnya tidak asing lagi bagi kita, rakyat Malaysia. Kebebasan mutlak media baru sememangnya memberi sejuta kebaikan, namun sedikit demi sedikit penggunaan media yang berleluasa tanpa batasan mula menimbulkan impak negatif.
Justeru, isu ini tidak harus dipandang enteng lagi tetapi harus dipantau oleh pihak tertentu dari masa ke masa demi kerharmonian negara. Kebebasan bersuara yang diberi jangan disalah guna, keharmonian yang ada haruslah dijaga.

Nurul Izwanie Hashim said...

saya bersetuju dengan pendapat farhana di mana kebebasan mutlak yang diberikan sebenarnya telah membawa kepada banyak keburukan berbanding kebaikan. remaja kini terutamanya menggunakan media sebagai tempat untuk melepaskan rasa marah dan geram.